SEPANG: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menyasarkan 100,000 sukarelawan menyertai Skuad Waja atau wanita antijenayah menjelang akhir tahun ini.
Menteri berkenaan Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata seramai 20,406 sukarelawan Skuad Waja telah dilatih di seluruh negara setakat ini di bawah seliaan Jabatan Pembangunan Wanita dengan peranan sebagai ejen serta mata dan telinga kerajaan bagi membantu golongan yang menjadi mangsa keganasan.
"Kes keganasan rumah tangga semakin meningkat dan membimbangkan. Menurut statistik polis, sejumlah 5,821 kes dilaporkan dan kertas siasatan dibuka dari Januari hingga September 2021 berbanding 3,677 kes dalam tempoh sama pada 2020.
"Peranan Skuad Waja dalam komuniti terutama dalam tempoh pandemik ini sangat bermakna. Ia menjadi tunjang kekuatan baharu KPWKM dalam menjayakan agenda pemerkasaan Keluarga Malaysia menerusi fokus keenam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12)," katanya kepada media selepas melancarkan Skuad Waja peringkat kebangsaan di sini hari ini.
Skuad Waja ditubuh pada 8 Mac lepas sempena sambutan Hari Wanita bagi memperkasa komuniti melalui psikososial dan aktiviti bimbingan dalam meningkatkan kesedaran mengenai isu jenayah.
Rina berkata hasil pelaksanaan Skuad Waja hingga 12 Okt lepas, sebanyak 775 kes berjaya dibimbing dan dibantu.
Beliau berkata setiap ahli yang berdaftar akan diberi panduan menerusi modul Skuad Waja yang dibangunkan oleh JPW dengan kerjasama Institut Sosial Malaysia untuk memberi bantuan dan bimbingan awal kepada mangsa.
"Modul tersebut memfokus kepada penyampaian ilmu serta kemahiran asas psikologi dalam usaha meningkatkan keseimbangan kendiri, keluarga dan komuniti setempat serta masyarakat keseluruhannya di samping pengetahuan literasi undang-undang," katanya.
Rina berkata KPWKM juga memulakan perkhidmatan telekaunseling dan e-kaunseling melalui Tol Free Helpline FamilyCare @ LPPKN (Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara) di talian 1-800-82-0300 sejak bulan lepas bagi menangani isu berkaitan keluarga, pasangan dan perkahwinan.
Katanya beberapa kes berjaya disantuni di bawah inisiatif LPPKN melalui talian itu sama ada secara dalam talian atau bersemuka.
Beliau berkata inisiatif itu akan dilancar secara rasmi dalam masa terdekat.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 17 2021
Datuk Seri Rina Harun melancarkan Skuad Waja hari ini sambil disaksikan oleh Ketua Setiausaha KPWKM Dr Maziah Che Yusoff (kanan) dan Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita Dr Zurina Abdul Hamid (kiri). - Foto BERNAMA
Pembuat roti Perancis pecahkan rekod dunia baguette terpanjang
Rekod roti Baguette terpanjang di dunia dirangkuli oleh negara Perancis setelah sekian lamanya dipegang oleh negara Itali selama lima tahun.
Pusat rawatan TH di Mekah dapat kelulusan permit
Pusat Rawatan Lembaga Tabung Haji (TH) di Mekah menjadi antara pusat rawatan jemaah haji luar negara pertama yang mendapat kelulusan permit atau Tasreh daripada Kementerian Kesihatan Arab Saudi untuk pembukaan dan pengoperasian hospital bagi musim haji kali ini.
Kos sara hidup: Ambil langkah perkukuh jaringan keselamatan sosial
Bergerak ke hadapan, negara juga perlu mengambil langkah dalam memastikan kemasukan FDI berkualiti yang boleh mewujudkan pekerjaan berkualiti dan menawarkan gaji yang kompetitif.
Zelensky tiba di Singapura untuk Dialog Shangri-La
Zelensky tiba di Singapura untuk Dialog Shangri-La pada Sabtu, di mana beliau merancang untuk bertemu Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Lloyd Austin.
Kecerdasan Buatan: Sedar risiko, terap ciri kemanusiaan di peringkat awal
Anak muda khususnya lepasan Sijil Pelajaran Malaysia perlu mempertimbangkan segala aspek termasuk risiko, sebelum membuat keputusan meneroka bidang teknologi baharu.
Permohonan fasa pertama ditutup, 50,000 baucar ditebus
Permohonan e-baucar buku bagi fasa pertama ditutup dengan 50,000 baucar berjaya ditebus selepas lapan jam permohonan dibuka, menurut Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Padah buat aksi 'Superman', polis tahan tiga mat rempit
Membuat aksi meniarap seperti ‘superman’ membawa padah kepada tiga lelaki apabila ditahan Polis Pulau Pinang dalam Op Samseng Jalanan yang dijalankan Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR), Pulau Pinang pada Sabtu.
[TERKINI] Bekas Datuk Bandar ditahan terima rasuah
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan seorang bekas Datuk Bandar kerana disyaki menerima rasuah lebih RM1 juta.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 1 Jun 2024.
Anak Angelina Jolie dan Brad Pitt buat permohonan rasmi gugur nama bapa
Shiloh Nouvel Jolie-Pitt menyerahkan petisyen untuk menukar namanya kepada Shiloh Nouvel Jolie.
KPWKM ke arah perkukuhkan industri penjagaan
KPWKM menerusi Institut Sosial Malaysia (ISM) telah melatih lebih 61 penjaga setakat tahun lepas dan menyasarkan untuk melatih 385 penjaga lagi tahun ini.
Hari Keluarga Antarabangsa: PBB iktiraf amalan baik Malaysia
LPPKN diberi pengiktirafan oleh PBB untuk berkongsi amalan terbaik dalam satu forum yang diadakan di New York, Amerika Syarikat.
Industri penjagaan: Sasar jadi kerjaya profesional, latih 385 individu tahun ini
Ini termasuklah melatih lebih banyak tenaga pekerja dalam industri penjagaan, dengan matlamat mencapai sasaran 385 individu tahun ini.
Jemaah menteri wakil satu kampung: Perlu perincian agar pelaksanaan berkesan - Nancy
Seruan Anwar yang meminta Jemaah Menteri dan ketua-ketua jabatan mewakili sebuah kampung agar masalah disalurkan secara terus kepada platform yang tepat merupakan inisiatif baik.
KPWKM ambil tindakan kepada lebih 500 taska tidak berdaftar
Antara tindakan diambil ialah sita, denda dan kompaun, serta pemberian notis peringatan kepada operator taska.
Nahas helikopter: KPWKM sedia beri bantuan sokongan psikologi kepada keluarga mangsa
KPWKM bersedia memberikan bantuan sokongan psikologi kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam tragedi dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terhempas di Lumut, Perak pagi ini.
Orang ramai perlu berani lapor kes dera - Nancy
Perkara itu boleh dilaporkan secara terus melalui Talian Kasih 15999 yang dikendalikan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).
Aduan berkaitan gangguan seksual terhadap lelaki semakin meningkat - Nancy
Aduan berkaitan gangguan seksual terhadap golongan lelaki semakin meningkat di negara ini, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri.
Jangan biarkan ibu meroyan bersendirian di rumah - Nancy
Pasangan atau ahli keluarga tidak sepatutnya membiarkan ibu yang mengalami masalah kemurungan selepas bersalin atau lebih dikenali sebagai meroyan, berseorangan di rumah.
KPWKM cadang tubuh satu Anjung Kasih YKN setiap negeri
Pada masa ini terdapat 19 Anjung Kasih YKN yang beroperasi sepenuhnya termasuk terbaharu disediakan di Hospital Raja Perempuan Zainab II.